Loyal Followers

Saturday, March 21, 2009

Ucapan Dasar UMNO - andainya saya Presiden

Salam sejahtera saudara-saudari, teman-teman dan sahabat seperjuangan.

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk memimpin parti kita. Parti ini parti kita, parti ibu-bapa kita dan ibu-bapa mereka. Parti ini terlalu penting buat kita dan buat negara kita. Kepercayaan saudara-saudari kepada saya merupakan satu penghormatan yang tidak terhingga bagi saya. Dan sememangnya kepercayaan yang diberikan ini membawa perasaan gembira dan bangaa kepada saya. Namun di dalam kegembiraan dan kebangaan diri, di dalam riuh-rendah ucapan tahniah dan tari kemenangan, saya akur pada satu kenyataan. Yang nyata ialah kedudukan saya sebagai pemimpin parti ini ialah satu amanah yang saudara-saudari berikan pada saya. Satu amanah yang maha berat untuk ditanggung dan dilaksanakan oleh saya.

Sememangnya mengikut konvensyen perlembagaan persekutuan, dengan kedudukan saya sebagai pemimpin parti ini, datanglah kedudukan saya sebagia Perdana Menteri negara kita. Dengan itu, jika ditinjau amanah yang saya perlu laksanakan, ianya berat sekali. Malah perlu saya katakan bahawa amanah ini tidak boleh saya laksanakan. Tiada manusia yang mampu melaksanakan amanah ini. Saya hanya boleh berjanji akan cuba dengan segala upaya saya untuk melaksanakannya. Dan Insya Allah, dengan pertolongan, bantuan dan semua sokongan saudara-saudari, beban perlaksanaan amanah ini akan menjadi sedikit ringan. Sama-samalah kita berusaha, sahabat-sahabat sekalian. Seperigi kita bermandian. Sesalur sungai kita berenangan. Setapak tanah kita kerjakan. Sepohon hijau kita berteduhan. Sehidang nasi kita bersarapan. Harapnya ketekunan kita bersama akan membuahkan kejayaan. Insya Allah.

Maafkan saya. Maafkan saya kerana saat ini tiada berita gembira yang saya bawa. Tiada janji manis yang saya beri. Parti kita kini berada di paras bawahan, harus saya nyatakan. Kekalahan demi kekalahan telah kita alami. Pihak-pihak yang membantah kita dan parti kita semakin hari semakin kuat. Malah laungan maki hamun hina dan cerca terhadap kita dan parti kita semakin kuat. Namun kita tidak perlu takut. Kita tidak perlu lari dari kenyataan. Itu semua satu cabaran politik. Sekiranya kita ingin maju dan terus berjaya, maka kita perlu, saat ini, berdiri dan cerminkan diri.

Apakah yang membuat parti kita dicemuhi, dibenci dan dicaci-cerca? Apakah bezanya masa kini dan masa lampau di mana parti kita adalah parti ulung? Apakah yang menjadikan masyarakat masa kini benci dengan kita? Apakah salah kita? Di mana kekurangan kita? Adakah parti-parti lain sememangnya lebih kuat dari parti kita ataupun parti kita yang menjadi semakin lemah? Apa yang perlu kita buat untuk membaikkan keadaan? Mampukah kita menerima hakikat bahawa kita sudah tidak disukai? Mampukah kita berubah dari jalan-jalan yang tidak disenangi? Mampukah kita?

Itu cabaran kita saudara-saudari. Itu cabaran kita. Dan sekiranya kita lari dari cabaran ini, maka kita dan parti kita akan menjadi catatan sejarah tidak lama lagi. Biar saya berterus terang sekarang juga. Sekiranyna kita, sebagai satu pasukan, tidak mahu mengambil langkah-langkah untuk membaikkan diri dan memenangi hati masayrakat Malaysia semula, maka lebih baik kita menyerah kalah sekarang juga. Tapi itu pengecut namanya. Itu dayus politik namanya.

Sebagai pemimpin, saya tidak mampu menerima kekalhan tanpa apa-apa percubaan untuk menang. Pantang kita orang Melayu menunduk sembah mencium kaki lawan tanpa berlawan. Pantang adat kita. Pantang keluarga kita. Saya seru kepada saudara-saudari, inilah masanya kita berdiri dan membaikkan diri. Inilah masanya. Bukan kelmarin dan bukan besuk. Kelmarin itu kita jadikan teladan. Yang baik kita baikkan lagi. Yang buruk kita pelajari dan teladani. Hari ini kita perlu bersatu hati. Besuk kita takluki semula hati rakyat yang sudan terluka dengan kemelut kita.

Ibnu Khaldun, bapa sosiologi Islam, di dalam karangan beliau, Mukadimah-Satu Pengenalan Kepada Sejarah, meneropong dan menganalisa kejayaan Islam dari mula hingga jatuhnya Empayar Abasiyah dan Umaiyah. Dalam berbuat demekian, beliau bertanya, kenapa dan bagaimana puak-puak nomad di gurun Sahara, yang hidup bergerak-gerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, dapat menawan, menakluki dan memerintah hampir separuh dunia yang bertamaddun. Beliau bertanya bagaimana boleh satu kaum kecil yang ditindas di tempat mereka sendiri di Mekah, dan selepas mereka bergerak ke Madinah, dapat bertapak kuat di bumi Arab, dan terus merentas dua benua dengan keagungan pemerintahan Islam yang terbilang? Bagaimana? Mengapa?

Maka jawap Ibnu Khaldun, "assabiya". Itu jawapannya. Maksudnya, "kepentingan masyarakat". Setiap seorang penghuni puak nomad tersebut hanya mempunyai "assabiya" ataupun kepentingan masyarakat di dalam hati mereka. Itu sebabnya Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam pada 'amnya mementingkan "ummah". Islam tidak mementingkan individu. Setiap yang dilakukan adalah untuk "ummah". "Assabiya", saudara-saudari, itu jawapan kita. Itu jawapan parti ini.

Sebelum merdeka, beberapa pertubuhan Melayu lahir di sana-sini. Berselerak di sudut-sudut Tanah Melayu. Kita tiada suara yang bersatu. Sehinggalah parti yang kita sayangi ini diwujudkan. Di bawah naungan parti kita, semua pertubuhan kecil-kecilan ini bersatu dan menjadi besar. Suara kita kemudiannya lantang. Kita bagaikan puak-puak nomad di gurun Sahara yang dinyatakan oleh Ibnu Khaldun, saudara-saudari. KIta ber"assabiya" di bawah nama UMNO. Kita mempunyai satu tujuan. Satu matlamat. Kita mahukan kemerdekaan. Kita mahu dimertabatkan sebagai negara merdeka. Negara berdaulat. Bangsa berdaulat. Itu "assabiya" kita.

Malangnya saudar-saudari, setelah sekian lama kita memerintah negara ini, matlamat kita sudah terpesung. Kemahuan diri menjadi keutamaan. Wang dan pangkat kita kejar. Kita akhirnya menjadi sombong dan bongkak. Kita berenang dan khayal di dalam kuasa yang kita ada.

Begitu juga jadinya dengan empayar-empayar Islam saudara-saudari. Ibnu Khaldun mengatakan bahawa pemerintah-pemerintah Islam mabuk di dalam kejayaan dan kekuasaan mereka. Mereka tidak lagi bekerja keras untuk masyarakat dan negara mereka. Mereka akhirnya menjadi malas. Dengan kemalasan itu mereka menjadi lembik dan longlai. Mereka tidak lagi dapat mengorak langkah menghunus pedang untuk melawan musuh. Mereka akhirnya jatuh.

Kita juga akan menjadi sedemikian saudara-saudari. KIta telah terlampau lama mabuk dan peka di dalam kuasa dan kejayaan kita. Hari ini saudara-saudari. Hari ini kita mesti berubah. Tidak besuk tidak lusa. Itu cabaran kita. Mari kita semua mencari dan mementingkan "assabiya" kita kembali. Mari kita pulang ke pangkal dan mulakan semuanya sekali lagi. Mari kita kerjakan tanah subur ini. Kita kerjakan bersama tanah subur ini untuk kepentingan semua. Untuk negara kita.

Lupakan saja hak-hak kita sebagai satu kaum. Apa gunanya hak sekiranyan hak itu tidak dapat digunakan untuk kejayaan kita dan negara? Hari ini saudara-saudari, sahabat handai, mari kita lihat dalam diri. Mari kita selami adat keadaan.

Mari kita cari "assabiya" kita.

7 comments:

www.melayuberaja.org said...

UMNO telah menipu rakyat dgn membantu penjajah menutup sejarah. selaku Pewaris Penjajah mereka memfitnahkan ummat negeri Selangor untuk kepentingan menguasa...
akhir nye sampai ke pangkal jalan juga dan telah tiba masa untk menegakkan kebenaran...

its the steward that was lemah longlai...while our fight on...Has the resistance increase in Numbers NOW???

Patut kah the steward of Selangor di sembah?

ikuti infor dlm www.melayuberaja.org

Hamba said...

UMNO CUMA ADA SATU DASAR - ROMPAK HARTA NEGARA DAN PERHAMBAKAN RAKYAT.

Anonymous said...

speech stay as for the name sake only.Apakah akan jadi cakap serupa buat.kita tunggu dan lihat....

Shanmuga K said...

Malang sekali tiada peluang langsung anda jadi Presiden UMNO!

Yang kami akan dengar, saya rasa, adalah laungan-laungan yang lazim didengar bersifat perkauman, dan "self delusional".

Ini amat membimbangkan - harimau yang sudah cedera adalah paling berbahaya. Begitu juga pemerintah yang terancam kedudukannya. Pemerintah sebegitu akan menjadi lebih zalim dalam percubaan memelihara kuasanya.

Yang akan dibinasakan adalah rakyat dan institusi kerajaan kami.

Tetapi terima kasih kerana membuat ucapan ini, Art. Mungkin segelintir di dalam UMNO akan menghayati peluang yang ada dan mengikut nasihat anda untuk mendapatkan kembali nama baik UMNO, dan memberi rakyat peluang untuk politik dwi-parti yang sebenar untuk kali pertama.

Anonymous said...

Jamil Ismail @ Jamil Kucing, pemilik blog http://bbcatlover.blogspot.com/ rupanya musang berbulu ayam.. terbaca pendedahannya di http://jamilkucingpondan.blogspot.com ... patutlah blognya dipenuhi artikel dari blog orang lain (ciplak@tanpa rujuk) dengan maki hamun dan sumpah seranahnya, rupanya dia tengah kegersangan... al batangi penjilat al juburi !!!

LAT said...

It would be an excellant & historical "Repentance & Winding Up-Umno Speech" for our beloved PM-in-waiting !

Anonymous said...

Saudara Art Harun

Saudara beranggapan yang presiden UMNO akan mengata yang kepimpinan itu satu amanah. Tapi nampaknya saudara agak tersilap. Najib Tun Razak dalam temuramah dengan beberapa akhbar pada Ahad, 22 Mac 2009 mengatakan yang perlantikkannya sebagai Presiden UMNO sebagau satu "ganjaran" atas kesabarannya.

Itulah perbezaan antara saudara dengan pemimpin UMNO sejati. Satu menganggap kepimpinan sebagai amanah atau setidak-tidaknya tanggungjawab. Satu lagi menganggapnya sebagai ganjaran. Atas sebab tersebut, saudara lakonan saudara sebagai pemimpin UMNO tidak mungkin akan menjadi.

Abdullah