Loyal Followers

Sunday, February 21, 2010

Isu Sebatan Wanita - Islam atau Politik?

I have been meaning to write about the abundance of hypocrisy in the caning of the three women for their alleged voluntary confession of illicit sex. However, the universe connived to prevent me from doing so in a timely manner.

However, a learned friend of mine, Shaikh Saleem, has written an excellent article about that issue. I must say everything that he says reflects my sentiments - and even more - on the issue. I can do no better than to reproduce - with his kind permission - his article on the issue.

(Readers of the Federal Court decision in the Nizam vs Zambry case would note that Zambry won by 5-0. However only ONE Judge wrote a judgment. The other 4 just agreed with the one Judge who wrote a judgment. In the truest tradition of these Judges who are inclined to just adopt a judgment written by someone else, even though the matter at hand is so important, I hereby reproduce what these Judges (who do not write judgment but just adopt a judgment) normally say: "I have had the benefit of reading my learned brother's opinion on the matter and I find myself in entire agreement with what has been expressed by him. I wholeheartedly concur with what he has written and I do not wish to add another word to his otherwise perfect opinion.")

By: Shaik Saleem*

Pendedahan oleh Menteri Dalam Negeri berkenaan dengan pengenaan hukuman sebat ke atas 3 orang wanita atas kesalahan persetubuhan luar nikah selaras dengan seksyen 23 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [“Akta”] telah menimbulkan pelbagai kontroversi di kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah salah satu daripada pelbagai isu-isu kontroversi yang timbul sejak kebelakangan ini dan kesemuanya mempunyai satu tema yang berulangan, ianya akan dipolitikan dengan semaksimanya.

Isu terbaru bekenaan tiga wanita ini tidak berbeza. Pelbagai persoalan timbul antara lain,

a. Mengapa Menteri Dalam Negeri hanya mendedahkan hukuman tersebut selepas ianya dilaksanakan sedangkan ianya adalah pengetahuan umum bahawa terdapat keresahan berkenaan isu ini pada awal lagi apabila Kartika dijatuhkan hukuman sebat.

b. Mengapa Mahkamah Syariah beriya-iya ingin menggunakan Akta ini terhadap wanita-wanita ini sedangkan Akta yang sama mempunyai kesalahan liwat yang tidak digunakan ke atas Anwar Ibrahim?

c. Adakah Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman sedemikian apabila ianya dengan jelas dibawah Kanun Keseksaan bahawa wanita tidak boleh dihukum dengan sebatan (tidak kira bagaimana ianya dilaksanakan)?

d. Adakah pengenaan hukuman sebat ini sengaja dikenakan untuk menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah ini 'berkuasa' dan oleh itu 'setanding' dengan Mahkamah Sivil walaupun pendapat sepakat adalah bahawa Mahkamah Syariah ini merupakan suatu cawangan perundangan subsidiari didalam Perlembagaan Malaysia?

e. Adakah pengenaan hukuman sebat ini sengaja dibuat untuk 'lebih Islam' daripada PAS dan untuk mengumpan parti pembangkang untuk mengkritik hukuman tersebut agar senang dilabel 'anti Islam', sepertimana yang telah dilakukan dengan isu “Allah” dan perarakan Maulidul Rasul?

Bagi saya, berdasarkan tindak-tanduk pihak berkuasa agama di bawah kerajaan pusat sejak kebelakangan ini, adalah sukar untuk dirumuskan bahawa pengenaan hukuman tersebut keatas 3 wanita tersebut adalah atas berlandaskan Islam yang tulus dan ikhlas dan bukan pencaturan politik yang menggunakan institusi Islam. Sekiranya ianya adalah berlandaskan Islam yang tulus dan ikhlas, saya yakin bahawa Persatuan Peguam Syarie dan Majlis Mufti tidak akan berdiam diri apabila Anwar Ibrahim didakwa di Mahkamah Jenayah Sivil apabila terdapat peruntukkan yang sama di bahawa Akta jenayah Syariah.

Untuk menambahkan sokongan kepada teori bahawa menyebatan ini adalah pencaturan politik menggunakan Islam, mari kita lihat kesalahan yang dilakukan oleh 3 wanita tersebut. Daripada liputan media kita boleh rumuskan yang berikut:

a. 3 orang wanita telah di hukum sebat dan penjara apabila di dapati bersalah di bawah seksyen 23(2) Akta,

b. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah menyatakan bahawa, "Mereka melahirkan rasa keinsafan sebab mereka merasakan hal ini melepaskan diri mereka daripada dosa dan rasa bersalah kepada Allah S.W.T.,”
http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2010&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

c. salah seorang wanita tersebut berumur 17 tahun dan telah mengandung semasa masih lagi bersekolah;

d. seorang lagi terpaksa menyara bapanya dan mempunyai 3 orang anak luar nikah;

e. mereka telah menyerah diri kepada pihak berkuasa atas rasa bersalah dan bukannya ditangkap.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/53647-malaysian-women-say- caning-good-for-them

f. Hukuman dijalankan di Penjara Kajang pada pukul 10 pagi 9 Feb lalu. Dua daripada mereka dikenakan enam sebatan manakala yang seorang lagi menerima empat sebatan. Salah seorang telah dibebaskan Sabtu lalu selepas menjalani hukuman penjara sebulan. Seorang lagi akan dibebaskan dalam beberapa hari lagi manakala yang ketiga Jun ini.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/53454-seks-haram-3-wanita-islam-pertama-jalani-sebatan

g. Menteri Dalam Negeri dipetik menyatakan bahawa berdasarkan temu bual dengan tiga pesalah wanita itu, beliau berkata didapati bahawa mereka insaf, reda dan bertaubat dengan hukuman yang diterima walaupun sebatan tersebut tidak mendatangkan kesan luka. “Diharapkan isu itu tidak disalahertikan sehingga mencemarkan kesucian Islam. Hukuman itu adalah untuk mendidik dan memberi keinsafan agar mereka yang terlanjur dapat kembali ke pangkal jalan dan membina hidup baru yang lebih baik,” katanya.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/53454-seks-haram-3-wanita-islam-pertama-jalani-sebatan

Hukuman Setimpal?

Persoalan yang ingin saya timbulkan adalah samada hukuman sebat merupakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Berdasarkan kepada Akta tersebut sendiri, ianya amat sukar untuk dilihat bagaimana Hakim boleh mengenakan hukuman sedemikian bagi pesalah-pesalah yang merupakan pesalah kali pertama. Mereka telah dihukum penjara dan sebatan.

Seksyen 23 Akta yang digunakan keatas 3 wanita tersebut memperuntukan,

“(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana hukuman itu.

(3) Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya adalah keterangan prima facie tentang pelakuan kesalahan di bawah subseksyen (2) oleh orang perempuan itu.

(4) Bagi maksud subseksyen (3), mana-mana orang perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah”.

Berdasarkan subseksyen (2) di atas, jika sabit kesalahan, hukuman yang boleh dikenakan adalah didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. Perkataan operatif di situ adalah “ATAU” dalam mana, Hakim boleh menggunakan budibicaranya berdasarkan fakta kes untuk memilih hukuman yang harus dikenakan. Di dalam kes 3 wanita ini, Hakim telah mengenakan hukuman sebat DAN penjara.

Hukuman sebat merupakan hukuman paling berat di bawah perundangan syariah Wilayah Persekutuan. Ini dapat dilihat di seksyen 133 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 [“Akta Tatacara”] yang menyatakan,

“Kuasa untuk meringankan hukuman.
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Mufti boleh, tanpa persetujuan orang yang telah dihukum, meringankan mana-mana satu daripada hukuman yang berikut dengan menggantikannya dengan mana-mana hukuman yang disebut selepasnya, iaitu -
(a) sebat;
(b) pemenjaraan;
(c) denda”.

Berdasarkan seksyen ini, dari segi 'ranking' bagi hukuman yang dikenakan, hukuman yang paling berat yang boleh diberikan adalah hukuman sebat, diikuti pemenjaraan dan paling ringan, denda. Disini, ketiga-tiga wanita tersebut telah dikenakan dengan hukuman yang paling berat, iaitu dengan sebatan. Mungkin ianya dapat dijustifikasikan memandangkan bahawa salah seorang daripada wanita tersebut mempunyai 3 orang anak dan menyara bapanya, oleh demikian seharusnya dikenakan sebat kepada tidak adil sekiranya beliau dipenjarakan. Tetapi 3 wanita ini turut dihukum dengan pemenjaraan juga! Mereka menyerah diri, mengaku salah dan insaf, tetapi dikenakan hukuman maksimum? Inikah 'compassion' di dalam Islam?

Tambahan lagi, setiap organisasi dan penulis yang menyokong hukuman sebatan ini menggunakan hujah bahawa sebatan di dalam Islam ini adalah untuk mendidik dan bukan menyiksa. Sekiranya benar, mengapa di dalam Akta Tatacara, hukuman sebat dianggap sebagai hukuman yang paling berat? Sekiranya untuk mendidik, bukankah lebih wajar mereka ini dikenakan 'community service' seumpamanya atau dikenakan bon untuk berkelakuan baik (yang juga diperuntukkan dibawah seksyen 129 Akta Tatacara) memandangkan mereka merupakan pesalah kali pertama?

Satu lagi isu mengenai sebatan tersebut, menurut wanita yang disebat, ianya pantas dan tidak sakit. Sekiranya pantas dan tidak sakit dan hanya untuk 'mendidik', mengapa sebat apabila diambil kira kontroversi yang menyelubungi hukuman tersebut dari segi perundangan dan juga sosial? Semua isu ini menunjukkan seolah-olah pengenaan hukuman ini adalah satu pencaturan politik dan bukannya isu Islam. Ianya isu kuasa bagi kerajaan memerintah untuk menunjukkan keislaman fizikal dan juga bagi organisasi perundangan Syariah untuk meningkatkan 'status' secara tersirat melebihi apa yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mitigasi?

Di dalam Akta Tatacara, terdapat beberapa seksyen yang membenarkan Mahkamah untuk menggunakan budibicaranya untuk meringankan hukuman yang dijatuhkan apabila mengambilkira faktor-faktor peribadi pesalah. Ianya membolehkan Mahkamah untuk memitigasikan hukuman keatas pesalah.

Daripada laporan akhbar, 3 wanita ini bukanlah pesalah-pesalah yang berulang. Mereka menyerahdiri dan bukannya ditangkap dan mereka telahpun insaf (menurut Menteri). Seksyen 129 Akta Tatacara menyatakan,

“(1) Apabila mana-mana orang yang bukan seorang pesalah muda telah disabitkan di hadapan mana-mana Mahkamah atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan, maka jika didapati oleh Mahkamah itu bahawa dengan mengambil kira watak, latar belakang, umur, kesihatan atau keadaan mental pesalah itu atau kepada hakikat ringannya jenis kesalahan itu atau kepada apa-apa hal keadaan peringan yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan adalah suaimanfaat bahawa pesalah itu dilepaskan dalam cubaan akhlak untuk berkelakuan baik, Mahkamah boleh, dengan tidak menghukumnya serta-merta dengan apa-apa hukuman, mengarahkan supaya pesalah itu dilepaskan apabila dia mengikat bon dengan penjamin-penjamin dan sepanjang apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah untuk hadir dan menerima penghakiman jika dan apabila dipanggil dan sementara itu hendaklah berkelakuan baik”.


Bagi wanita yang berumur 17 tahun pula, seksyen 128 Akta Tatacara berkenaan dengan pesalah muda menyatakan,

“(1) Apabila mana-mana pesalah muda disabitkan di hadapan mana-mana Mahkamah atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman denda atau pemenjaraan, Mahkamah itu hendaklah, sebagai ganti apa-apa tempoh pemenjaraan kerana keingkaran membayar denda atau hukuman pemenjaraan -

(a) memerintahkan pesalah itu dilepaskan selepas teguran wajar diberikan jika difikirkan patut oleh Mahkamah; atau

(b) memerintahkan pesalah itu diserahkan kepada ibu atau bapa atau penjaganya atau saudara dewasanya yang terdekat atau kepada mana-mana orang lain, sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah, apabila ibu atau bapa, penjaga, waris atau orang lain itu menyempurnakan bon dengan penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh Mahkamah, bahawa dia akan bertanggungjawab bagi kelakuan baik pesalah itu selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan....”.

Adalah jelas di dalam Akta Tatacara sendiri mempunyai seksyen-seksyen yang memberikan kuasa untuk meringankan hukuman yang dijatuhkan. Persoalannya, mengapa dikenakan hukuman yang sebegitu berat? Jadi isu bahawa sebatan rotan merupakan suatu 'pendidikan' adalah tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal memandangangkan hukuman sebatan merupakan hukuman yang dianggap lebih berat daripada pemenjaraan. Dan disini, ketiga-tiga wanita tersebut telah dihukum dengan sebatan DAN pemenjaraan!

Cara dan gaya hukuman ini dijalankan dan didedahkan kepada rakyat Malaysia adalah amat mencurigakan. Pelbagai persoalan yang timbul yang tidak ada pihak dapat memberikan jawapannya.Adakah ketiga-tiga wanita ini merupakan hanya 'collateral damage' untuk membolehkan organisasi tertentu untuk menunjukkan kuasanya atau untuk pihak kerajaan membuktikan keislamannya? Mengapa pula tidak kedengaran hukuman berat dikenakan kepada suami-suami yang tidak membayar nafkah dan meninggalkan isteri? Ketidakseimbangan didalam perlaksanaan hukuman memberikan persepsi buruk kepada institusi syariah di Malaysia ini. Malangnya, mereka tidak suka dikritik. Segala kritikan dibalas dengan pengenaan label 'anti-islam', 'Islam liberal' dan sebagainya. Setidak-tidak pun, kritikan akan dibalas dengan dakwaan bahawa pengkritik tidak faham lunas-lunas Islam atau yang paling teruk, mencabar hukum Allah dan syariah (walaupun enakmen syariah merupakan interpretasi oleh penggubal undang-undang).


Sekiranya tidak yang mengkritik tidak faham, mengapa tidak dijawab dengan hujah? Kepada kritikan oleh organisasi wanita berkenaan dengan syariah menindas kaum wanita, mengapa tidak JAKIM, Persatuan Peguam Syarie memberikan jawapan berdasarkan hujah? Sebagai contoh, lihat seksyen-seksyen berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam (yang menjadi asas intipati utama penubuhan Mahkamah Syariah) yang berikut:

“Seksyen 126. Meninggal langsung isteri
Mana-mana orang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya hidup bersama semula dengan isterinya dan dia bersengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.


“Seksyen 127. Menganiaya isteri
Mana-mana orang yang menganiaya isterinya atau menipu harta isterinya melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.


“Seksyen 128. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri
Mana-mana orang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut Hukum Syarak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.

Peruntukan di atas melibatkan penganiayan suami keatas isteri. Ini adalah ketidak adilan kepada pihak ketiga yang juga akan melibatkan anak-anak yang jelas akan menyebabkan isu sosial yang negatif. Tetapi yang hairanya, ia mempunyai penalti yang lebih rendah jika dibandingkan dengan kesalahan persendirian seperti persetubuhan luar nikah dan liwat. Adilkah keadaan ini? Sudah tentu ianya boleh dikritik oleh organisasi wanita apabila ianya kelihatan berat sebelah terhadap kaum lelaki? Mungkinkah, daripada membuat hukuman 'sensasi' sebegini, adalah lebih baik organisasi-organisasi perundangan Islam meneliti kembali peruntukkan-peruntukkan ini untuk lebih saksama dan adil?


Apa yang jelas, semakin dalam isu ini dianalisa, semakin jelas bahawa isu ini merupakan satu lagi taktik pencaturan politik yang tiada kena mengena dengan pendidikan umat atau untuk menangani masalah sosial. Ketiga-tiga wanita ini hanya biji catur di dalam permainan catur politik dan kuasa di negara ini. Yang sedihnya, Islam sekali lagi diperkudakan untuk tujuan kuasa dan undi.

* Shaikh Saleem is a law practitioner. He is sometimes perturbed that in Melaka, apparently, non-Muslims are prohibited from uttering his first name. He is now thinking of seeking damages from his parents for giving him a name which cannot be used, uttered, called upon or written by non-Muslims.

24 comments:

Linda Frater said...

It's a long commentary but unfortunately I do not understand it since my BM is very limited. A shame really because I'm sure what he had to say must be very relevant and interesting.

Anonymous said...

All malay muslims know what kind of low standard ustad we had in class.
I thought the malay rulers are in charge of islam. Obviously they have failed, ill advised, ignored or incompetent.
And since nobody can criticise the syaruah law, there is no check and balance.

shar101 said...

The pre-amble AND the main content of this posting are of equal weight - both are priceless AND illuminating.

Art, the conniving universe made you procrastinate for a reason - so that you may lend a hand to an excellent article which may not be 'accessible' by some of us otherwise.

Iskandar said...

Art, for the benefit of the international readers who have an interest in this issue, may I suggest an English translation.

art harun said...

Ms Frater and En Iskandar,

I will attempt an English condensed version, time permitting, of course.

cheers

s.saleem said...

Art,

Thanks for publishing the article. I am honoured. I do apologize for not writing in English. The main reason is that there are many writers out there who express their views in English. Similar things have been said by others elsewhere. I made it a point to write in BM (its quite tedious as I lack the flair in the language) because of the misinformation that is usually spewed out in the mainstream BM media.
What I am trying to say is not new for the 'neo-liberal orientalist anti Islam' (to quote them) readers. In BM, it is hoped that the readers which may not be well versed in English can perhaps understand what many have been banging along all these years..

Anonymous said...

Art,
This has nothing to do with Islam. This is politics and Islam has become the tool. Nay, even God name has been used in vain to gain political points.
This is the lowest UMNO can go. Their end is nigh.

Wenger J. said...

Bro Art,
Lets go laugh at Gopal Raj Kumar

http://takemon.wordpress.com/2010/02/19/love-letters-from-the-bar-table/#comment-579

Mangrovejumper said...

Some of the info on the post does not match the links given. Could it be possible that the news articles misprinted? Correct me if I'm wrong.

1. The 2nd woman had a 3-year old child instead of 3 children.

2. She had to support her family after her dad left. She didn't have to support her dad.

s.saleem said...

mangrovejumper...

The mistakes are mine. Apologies. However, I believe that they do not detract from the point being made. Again, my apologies for the errors.

slurpking said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

"Oh yeah, spank me, spank me!"

The Home Monster made it sound so light and the women didn't mind at all! In fact, they really liked it, and it suddenly made them realize their sin!

Judging from the whole charade put on for our viewing pleasure, it's just another UMNO Boleh show to taunt PAS that they're already implementing Syariah laws, while PAS goes to bed with the communist DAP! Once again Islam is being used for political gains and not to educate, guide, defend and save the weak and needy. Yes, UMNO truly boleh, threaten, intimidate, coerce and punish the weakest in our Society.

Anonymous said...

S. Saleem is correct to write this in Malay, for otherwise he would, to some extent, be preaching to the choir. I have 2 points to raise: since these women appered before the Mh. Syariah voluntarily, it would suggest that repentance was already in their hearts. Thus, the Minister's suggestion that the act of caning brought about such repentance among the women would be incorrect. Second, it seems that at least one of the three women had said that she felt relieved after the sentence of caning had been carried out as she was aware that her actions had been wrong and that the punishment lightened her sense of having committed a sin. I am alarmed at this, for this would suggest a parallel between Islam and Catholicism, where sins could be expunged as long as one is contrite, confesses one's sins and carries out the penalty meted out by the priest. Surely in Islam, even if fines, imprisonment and caning may be imposed by our religious authorities, the pardoning of sins is solely the realm of Allah. Politics or no, surely our authorities haven't become so arrogant that it dares suggest it can assume such functions??

art harun said...

Sorry Slurpking,

I had to delete your comment. Not that it is not appreciated. But I don't want you to be in trouble.

cheers. :)

ibrahim said...

Indeed very interesting article. The problem is Salam is discussing syariah law in the prespective of civil which from the beggining is wrong. Under Islamic law, adultery is an offence against god (not nation, individual or etc). Therefore initially even the prophet has no power to reduce the punishment. The punishment given by the court is not punishment prescribed by Allah but i think that court tring to impose the most similar one and hence the lashing.
But the punishment is very lenient since lashing is like "merotan anak " and not like sebat under civil law. therefore federal law is irrelevant here.

TheWhisperer said...

There is one intention behind the sudden emergence of this caning punishment news.

This serves as an excuse to carry on with Kartika's sentence.

Nurani said...

kenapa ada yang terlepas dari hukuman ini wlaupun melakukan kesalahn yang sama? saya rasa, mereka takut dan mereka lebih menerima hukuman slepas mati. tak kisahlah, itu hal orang yang percaya dan tidak percaya pada dunia selepas mati. second, orang cuba bermain politik dengan isu keagamaan. jika isu agama dan kepercayaan dipertikaikan, yang timbul adalah salah faham kerana ramai orang tidak betul2 arif tentang agama lain akan membuat spekulasi tersndiri. saya harap, jangan cuba jadikan agama dan kepercayaan dijadikan spekulasi.

Walski69 said...

Another learned lawyer, in his posting, wrote that with regards to Malaysia, 'Non-Muslims are not subjected to these laws. Muslims, therefore are privileged to be subjected to two laws – the “civil law” and the “syariah laws”.'

"Privileged", however, wouldn't have been how I'd have described it. But be that as it may, the surprise caning revelation has raised concerns from Malaysians of many diverse demographics, both Muslim or otherwise.

Why is that, since the various state/territory enactments only affect Muslims? Why is it that the concern of many Malaysians, of various faiths and walks of life has been raised.

IMHO, there are two reasons.

The first, from my personal observation, anywhere on this planet where personal morality gets legislated, the most obvious thing that happens is selective prosecution. It's always the "low-hanging fruit", so to speak, that get the stick. The more elite of society, no matter how "immoral" they are by whichever measure, get away with living their own lives the way they want to, albeit usually in the protected secrecy by virtue of their status.

Second, and perhaps the bigger concern, is back-door creeping Islam-as-I-say-tion (to borrow Haris Ibrahim's terminology). Today it's non-injurious whipping of women, whose waters have successfully been tested. What next - deathless stoning? And we're not talking about the herb-related kind, either.

Already there has been talk about trying to legislate the Syariah codes to be applicable to non-Muslims, in certain selective sex-related "crimes". Being that it's the state legislatures that (theoretically) have to gazette such moves, how well do we trust our state reps to act in everyone's best interest, and not just act to further their own political careers?

Related to this has been the Jakim DG's proclamation that anyone disputing the punishment are extremists - clearly a move to instill fear of authority in the Malay/Muslim populace, in order to silence any dissent.

Between the lines, it's as if he's saying:
WE are the authority, and whatever WE say, goes, you lousy extremists. Screw your rights - YOU have NONE.

It is this kind of strong-arm tactic, plus the back-door legislation, that many Malaysians, yours truly included, fear.

It is therefore INCUMBENT that everyone with concerns to continue to raise them. Silence, in this case, will be the nail that will one day seal the coffin of our civil liberties (whatever little is actually left).

So yes, everything surrounding the surprise revelation, which to me has been stage-managed, is about consolidation of authority and power, and only secondarily about religion, per se.

Anonymous said...

Can people, of whatever faiths, become truly repentant after they are punished by the law?

Can the pain of caning and a RM1000fine (include public shame) be worse than the pleasure of illict sex? What if these "offenders" evade the eyes of the law by going to 5 star hotels?

Here is a description of true repentance before God from the Christian angle:

http://jeremiahliang.blogspot.com/2010/02/what-it-means-to-be-christian-before.html

Anonymous said...

I wonder what happened to the guys who had sex with these women. Aren't they considered as sinners also and why haven't they been punished also?

RS said...

It's great that it was written in Malay cos the majority of Malay Muslims are better versed in Malay and they SHOULD have access to such a great article!

If it was written in English, then it'd probably attract the Middle-class Muslims/Non-Muslims which is a small group compared to the rest.

Great article Saleem.

art harun said...

Dear Ms Frater and En Iskandar (and all),

Shaikh has very kindly translated his article. It is already uploaded on my blog.

Thanks.

El Jefe said...

Hahaha.. kartini has been summoned to do community service. the sandiwara of the Ministry pretending to tell that 3 women were caned is a completely white bullshit seeking opinion.

Jaz said...

A lot of hotels accommodate all kinds of people.

Pousadas em Arraial Do Cabo