Loyal Followers

Saturday, April 18, 2009

Bangkitlah, Anak-anak Malaysia

Bangkitlah, anak-anak Malaysia.

Mari kita semua bangkit. Sudah terlalu lama kita semua tidur. Enak dan selesa dibuai janji-janji lemak merdu sekian hari dan masa. Itu semua mimpi-mimpi belaka wahai anak-anak Malaysia. Itu semua angkara tiupan jentera-jentera propaganda yang saban hari, saban jam dan minit, mencandui hidup kita dengan kata-kata kosong dan kiasan syair-syair yang sesungguhnya tiada makna. Masanya telah tiba untuk kita bangun. Untuk kita bangkit.

Anak-anak Malaysia, bangkitlah. Mari kita bangkit dan kita meniti kesedaran kita. Mari kita segera sedar. Masanya telah sampai untuk kita semua berdiri dan kita ukur alam nyata. Masanya telah tiba untuk kita bangun dan kita tuntut hak-hak kita. Kita tidak boleh lagi membiarkan  hak-hak kita dipijak, disepak-sepak dan dipersendakan. Bagaikan kita orang-orang bangsat yang terbiar dan tiada halatuju. Bagaikan kita orang-orang kurang akal yang boleh ditarik ke kiri dan kanan, ditekan ke depan dan belakang, digolek turun dan ditarik naik, disepak terajang dalam ruang-ruang kecil yang berlampu malap. Masanya telah tiba, anak-anak Malaysia, untuk kita bangkit dan kita tuntut hak-hak kita.

Kita perlu bersuara. Hak-hak kita jangan dipersenda. Kita manusia. Punya perasaan, punya hak azali, punya taraf kemanusiaan. Kenapa kita harus berdiam diri apabila hak-hak kita dicabuli? Takutkah kita untuk menuntut dan membela apa yang kita punyai? Kenapa kita perlu menikus dipenjuru, berbisik-bisik bagaikan tiada suara? Bangkit. Hari ini, saat ini, kita mesti bangkit dan tuntut hak-hak kita.

Anak-anak Malaysia. Mari kita tebang dan cantas segala prejudis bangsa dan ugama. Mari kita bersatu. Negara ini luas terbentang. Tidak perlu kita hirau warna kulit kawan-kawan kita. Darah kita semuanya merah. Tidak perlu kita hirau kepercayaan masing-masing. Pada akhir masa, kita semua diadili oleh Tuhan semesta. Bukan hak kita untuk megadili sesama sendiri.

Luas terbentang tanah Malaysia ini. Mengapa kita perlu membina pagar tembok dan dinding di sekeliling kita sendiri hanya kerana kelainan warna dan kepercayaan? Bangkit. Mari kita tebang dan cantas pohon-pohon prejudis bangsa dan agama. Mari kita seru dalam suara yang satu. Suara bangsa Malaysia, untuk Malaysia.

Bangkit. Mari kita peringatkan kerajaan bahawa kuasa mereka adalah amanah dari kita semua. Amanah yang kita semua tuntut untuk dilaksanakan demi kebaikan Malaysia dan kita semua. Demi kebaikan umum. Bukannya untuk disalahgunakan untuk kebaikan dan kepentingan peribadi. Bahawa kita sebenarnya yang berkuasa. Bahawa mereka diletakkan di dalam kuasa oleh kita. Dan bahawa kita sebenarnya penentu. Tidak perlu kita berlutut dan bercium tangan menyembah ampun bagai hamba. Kita sebenarnya yang berkuasa. Bahawa kita mampu dan akan menarik balik amanah kita sekiranya ianya tidak dipenuhi dengan adil dan saksama. Mari kita peringatkan mereka.

Mari kita bangkit. Kita kerjakan tanah air ini untuk kepentingan semua. Mengapa perlu kita sangsi dan takutkan sesama sendiri? Tanah air ini hanya satu. Semua kita di sini dan tiada lain tempat yang boleh kita tuju. Di sini kita lahir. Dan di sini mungkin kita mati. Namun dalam masa di antara mula dan akhir itu, kita di sini. Mari kita usahakan bersama, majukan bersama dan nikmati bersama tanah air ini. Tanah ini juga yang akan kita tinggalkan kepada anak-anak kita, dan anak-anak mereka. Mari kita bangkit dan kita pelihara tanah ini.

Mari kita semua bangkit. Dan kita akhiri segala yang tidak bermanafaat. Kita akhiri semua lakonan dan gerak tari yang bagai candu dihulurkan kepada kita selama ini. Kita akhiri cerita-cerita dongeng dan cakap-cakap kosong. Kita buka topeng-topeng warna-warni agar kita nampak yang nyata. Agar kita nampak senyum sinis yag melihat kita dipersendakan.

Bangkitlah, anak-anak Malaysia.

18 comments:

Anonymous said...

Dear Rakyat Malaysia,

It is time,that we all wake up from our slumber dream and realise the peril our beloved country is heading to.Our constituition is being raped on a daily basis and have become a joke for the people who walk the corridors of power.We cannot ignore the truth.The rule of law do not exist in Malaysia.Our country has become a "Pariah Nation without Law and order". Its time we take to the streets like the Thais otherwise UMNO will bury us. This is the golden opportunity to rise and break from the shackle that has kept this blessed nation as Malay Indian and Chinese.We must walk as the "Children Of Malaysia" or else our future generations will live in "Malaysia ala Zimbabwe".Its time we demand our rights as one malaysian.The Perak crisis is a golden opportunity.Lets not waste it.Rise the "Children Of Malaysia" and be counted for. Kick the bloody BN goverment and let us establish a two party system.Walk the streets now.

sinleong said...

you touched my heart with this writing. thank you. you make me feel that all the sacrifices we've put into this nation is worth it.

LAT said...

YES ! We ANAK-ANAK MALAYSIA have thought, "If only we could CHANGE THIS ONE THING, our life would be so different, so much more useful, not to destroy them but to bring about a GREATER GOOD !"

Bangkitlah, Anak-anak Malaysia !

art harun said...

Dear Anon,

I don't propagate overthrowing of the Government, whther by illegal or undemocratic means.

Thanks.

Anban M said...

Dear Azhar,

Thank you my brother for this article. Thanks for looking at Malaysians as Malaysians and not by race and religion.

I am proud to have you as my brother although we may have different believes.

Its people like you that makes me believe that a New Malaysia will become a reality.

Thanks again...

Anonymous said...

art,

"anon April 18, 2009 3:17 PM"
DID NOT suggest overthrowing the democratically (possible election cheating notwihtstanding) elected gov.

what was mentioned was a kick to BN (that political party) and to walk the streets.

perfectly alrite by me.

4RAKYAT

Anonymous said...

Kita dilahirkan di bumi bertuah yang bukan sahaja bebas daripada segala bencana alam malah subur dan kaya dengan segala khazanah. Kita semua seolah-olah insan yang terpilih untuk menikmati segala yang terbaik. Alangkah sedihnya apabila ada pihak yang mengajak kita berlaga dan bersengketa sesama sendiri. Bersatulah rakyat Malaysia atas rasa kecintaan dan kesyukuran yang tidak mengenal batasan. Memang benar, darah kita semuanya sama merah. Biar mengalirnya darah yang sama merah ini untuk kebaikan bersama. Laungan "Hidup Malaysia" mesti dinobatkan segera agar tersemaraknya satu bangsa yang benar-benar bersyukur dan sentiasa bersedia berbakti. Sesungguhnya, kita semua sama-sama tidak bernegeri jika Malaysia tiada lagi. Ayuh, kita menentang gelora dengan bahtera Malaysia yang kita perkasakan bersama. Bangkitlah, anak-anak Malaysia - Hidup Malaysia!

Ti Lian Ker said...

Azahar! I am with you all the way.
Time for us to put our foot down. What's right is right and the wrong will be always wrong.
Time for the true Malaysians to put their foot and their mark on the political direction of our country.
Janganlah kita terus dimanipulasi dan dibahagi-bahagi.
Rakyat tidak perlu takut rugi kerana kita mempunyai institusi perundangan dan pentadbiran yang mencukupi untuk menjamin masa depan dan mempertahankan hak asasi.

mauriyaII said...

Dear Azhar,
What Malaysia needs now are people like you to reach out to all Anak-anak Malaysia and wake them from their deep slumber induced by the morally bankrupt and corrupted UMNO/BN.

Unlike the racist idiot who wrote in Utusan to incite the Malays to violence, you have endeared yourself to all right-thinking Malaysians by asking them to arise/bangkit to claim their rights as citizens of this beautiful nation.

You and people who think of themselves as Malaysians should be the beacon to guide all Malaysians to shake off the shakles of feudalistic mentality and demand the government of the day to discharge their duties and obligations to all Malaysians.

The arrogant and self-serving UMNO/BN should be made to realize they are not the masters anymore. In fact they were NEVER the masters but had usurped the power bestowed on them by the rakyat to govern ethically. Instead they had corrupted all institutions of governance competely and now what the courts are dishing out as justice is more of a mockery of the judicial system. Malaysia has become not only morally bankrupt but is on the verge of becoming another Zimbabwe.

Your call "Bangkitlah Anak-anak Malaysia" is most relevant and it should be the clarion call of all Malaysians.

I hope your article is made available in CDs to all students at institutions of higher learnings to wake them up as they are the future leaders of the country who should have the
correct frame of mind.

Many of them would be eligible to vote during the 13GE. Now is the best time to wake them up before they too get indoctrinated by the UMNO/bn hoodlums.

LAT said...

Bro Art,

Now you are "Wanted" by ALL Anak-anak Malaysia who are "Far" and "Near". Cheers !

daengchelak said...

Amin......

alllahmak said...

saudara Azhar,

terima kasih, sejuta-juta terima kasih atas artikel saudara. kerana adanya individu seperti kau yang berani menyebut dan lebih-lebih lagi menulis apa yang kau percaya tanpa kira warna kulit dan ras, adalah harapan bagi individu seperti kita yang tak cukup berani melakukannya seperti saudara

keranalah adanya pejuang seperti saudara, adalah harapan bagi bangsa malaysia sebenarnya tanpa mengira ras, perkauman, golongan-golongan tertentu dengan hak-hak yang tersendiri.

kerana adanya saudara seperti azhar, adalah harapan bagi yang lain seperti kita supaya dapat mencintai sepenuh hati tanahair kita, di mana kita dilahirkan dan di mana anak cucu kita juga dilahirkan.

pada saat kita dilahirkan sehingga masa sebagai kanak-kanak kita mula bercampurgaul, tidak pun sedari makna dan perbezaan antara ras-ras, warna kulit dan hak-hak berdasarkan kaum.

semuanya diperbuat dan dipermainkan oleh BN, UMNO, MCA dan MIC untuk memecahbelahkan rakyat sehingga kaum menentang kaum sekarang. puas hati-lah mereka sekarang.

terima kasih, saudara azhar

alllahmak said...

I often stand by my window, wondering what it is to be Malaysian. I was born here. So were my parents and their parents. So, were my children. I love this country. What I want is to live in peace, harmony, security and most of all as a citizen with equal rights as my Malay,Chinese,Indian, Iban, Kadazan, Sikh breathren. Most of all, I want these for my children and their children...as equal MALAYSIANS. I am not any richer than my Malay, Chinese or Indian neighbour. I am not any more well-educated than them either. Everytime, I hear 'Chinese control the economy,' it is a lie to me. Everytime I hear 'Malays cannot succeed on their own', it is a lie to me. There are too many lies for too long. Will we ever be truly Malaysian with a common destiny...without the lies?

John said...

I am proud to call you my brother, Art. May you infect others with your sense of justice and fair play. May God bless your efforts! John B

Bobby said...

Good retort to THAT racist newspapeper headline!
The winds of change are blowing in!
And the mainstream media controlled by them CANNOT influence us anymore. They can continue to print lies, but they're only bluffing themselves.

It feels like 2013 is still a long way to go before WE, ANAK MALAYSIA, the people of Malaysia, do away with BN, the propagator of corruption and racism!

Kris said...

Wonderful piece... Struck a very real chord...

Anonymous said...

My eyes brimmed with tears after reading the brilliant article and the comments here.

May god bless my country to come out of this systemic sowing of hatred amongst ourselves by our leaders.

May god bless that I could truly call my country my home, and that of my children too.

king0228 said...

permission to share on facebook.