Loyal Followers

Friday, August 26, 2011

Sambutan Aidilfitri dan Kemerdekaan

raya greeting

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Dzahir dan Batin dari saya sekeluarga kepada semua umat Islam. Saya juaga ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua warga Malaysia.

Moga kita saling memaafkan di hari baik dan bulan yang baik ini.

Sempena hari kemerdekaan, mari kita semua ingati jasa dan titik-peluh pejuang-pejuang kemerdekaan kita dan kita renungi apakah maksud sebenarnya kemerdekaan itu serta juga apakah sumbangan kita untuk memenuhi kemerdekaan yang negara kita capai.

Kepada mereka yang akan memandu pada musim perayaan ini, pandulah dengan bwerhemah tinggi, cermat dan berhati-hati pada setiap masa. Bawa bersabar di dalam perjalanan; pastikan konsentrasi; utamakan keselamatan  dan elakkan kemalangan.

Kepada pasukan polis yang bertungkus-lumus, berpanas berhujan dan tidak bercuti untuk mempastikan keselamatan jalan-raya dan umum serta mengawal lalulintas, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Salam sejahtera.

2 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya to u n your family, too!
But Merdeka...Malaysia is not so Merdeka, under bondage of a crooked government. Takde maaf for Najib, Hishamuddin, Ghani Patail, Saiful, Khir Toyo...too many to name - they don't need to ask for kemaaf-maafan...

Karen said...

Salamat Hari Raya, Art. Cheers!